Tindakan segera!! Ke rumah Ariffin malam ni di Tmn Semarak , jam8.15pm kumpul di tmpt biasa atau terus ke sana.

Tepat kul 8pm aku dapat sms ni… nasib tempat nak berkumpul tu tak jauh dari rumahku… jd dalam 15 minit aku sampai. Bila da berkumpul semua kami pun terus bergerak dgn beberapa buah kereta. Aku tumpang keta pakcik Mat dengan 2 org abg2 lagi.. bila sampai di rumah saudara Ariffin ku lihat dia dalam keadaan lemah… dia sedar tapi bukan dia… itu aku memang pasti bila ku hulurkan tangan bersalam dia seperti tak mengenali kami…

ku lihat muka isteri bang ariffin dan mak ayah mertuanya… dan beberapa org ahli keluarga terdekatnya  memang lesu… dan memang jelas bersedih atas nasib menimpa abang ariffin…

[ Abang ariffin telah menjadi mangsa sihir... puncanya aku rasa tak perlula ku ceritakan di sini.. sekitar 23 org hadir pada malam ni walaupun diberitahu dalam masa yang singkat]

Ustaz Nazri mengetuai kami untuk membaca Surah Yaasin secara berjemaah… sebelum kami mula… satu baldi air diletakkan di tengah tengah bulatan kami dan sebotol air minuman… Bang Ariffin sempat berkata ini bila ditegur oleh sahabat lain.. “Ya ya.. pas baca Yaasin ana keluar… pas mandi ana keluar” … aku tahu yang berkata tu bukan dia tapi makhluk yang ada dalam badannya… (Ini merupakan makhluk kedua masuk dalam badannya.. yang ni macam arab skit.. malam sebelumnya makhluk lain tapi dah kuar setelah diubat oleh seseorang…aku dkhabarkan begitulah.. )

Kami pun mulakan bacaan Yaasin mengikut khaifiat kebiasaannya… Al Fatihah… Selawat.. Surah Yaasin… dan doa doa lazim…. ketika separuh Surah Yaasin dibaca… Bang Ariffin yang hampir denganku tiba tiba rebah dan terbaring …. beberapa sahabatku kulihat muka yang agak cuak.. namun kami tetap teruskan bacaan yaasin sehingga selesai…. bila semuanya dah habis dibaca serta doa sekali… beberapa orang mendekati bang Ariffin dan alhamdulillah bang ariffin telah sedar… dan mengenali mereka yang berada di sisinya… dia cuma kata.. “Aku dah sedar.. cuma aku rasa lemah sangat… tu sebab aku baring”.

Beliau dipapah keluar rumahnya untuk dimandikan dengan air dalam baldi tadi (tandas dalam rumah agak kecil dan sukar dimandikan kerana ruang yang agak sempit) … ku lihat pelbagai campuran yang ada dalam baldi tu… tapi aku tak pasti… yang kulihat seperti cengkih.. dan daun daun bunga yang ada… ku tak bertanya bab situasi yang tidak sesuai ketika itu… Cikgu/Ustaz Nasir yang memandikan bang Ariffin… kami hanya memerhati dari dalam rumah… beberapa orang membantu dalam usaha memandikannya… beberapa orang dari jiran sekitarnya juga mula memenuhi luar kawasan rumah ingin melihat apa yang berlaku…

Alhamdulillah… bang Ariffin dah mula bertenaga kembali usai dimandikan… dia dapat berjalan sendiri masuk dan duduk dalam rumah… kemudian Ustaz Nazri mengarahkan kami mengambil air wudhuk dan buat solat hajat secara berjemaah mendoakan semoga Abang Ariffin sembuh dengan izin Allah SWT….

Selesai kami solat… Ustaz Zul baru jak tiba … Ku lihat Ustaz Zul berbisik dengan bang Ariffin dan disuruh ikut surah surah yang dibacanya… selesai… Ustaz Zul minta air …  berdoa dan suruh bang Ariffin minum…  beliau bertanya apa yang telah dilakukan dengan Ustaz Nazri… dan alhamdulillah dia kata, insyaAllah yang bang Ariffin dah sembuh buat masa ini dan kini dia perlu rehat…

Sebelum kami beredar pulang… bang Ariffin sempat bercerita bagaimana mula mula dia kena… dia kata… gangguan selalu muncul bila nak tiba waktu solat fardhu…selalunya bila nak dekat solat subuh… mula mula muntah… selalu rasa nak ke tandas buang air besar … dan pening…. bila makhluk tu nak masuk badannya.. bangun bulu romanya dan dia akan kesejukan sehingga menggigil…   selepas tu dia sedar tapi hilang kawalan terhadap dirinya sendiri…

Begitulah apa yang telah berlaku sepanjang ziarah kami tadi di Taman Semarak.. Aku selamat tiba di rumahku sekitar pukul 11pm… pergh… agak lama jugak ku di sana… tak sedar masa yang berlalu..  cuma ku harap dan doakan agar bang Ariffin benar benar sihat supaya di boleh kembali bertugas sebagai guru dan menjalankan kegiatan harian seperti biasa… Aminnn

P/S: Aku tahu sejak dua menjak ni aku banyak bercerita perkara perkara seperti ini tapi ingin aku tegaskan… aku takda niat nak jadikan blog aku ni penuh ngan cerita misteri , seram dan sewaktu adanya… cuma aku ingin lakarkan apa yang ku benar benar lalui untuk tatapan sahabat2 dan diriku sendiri di masa hadapan.

Popularity: 6% [?]