People who know me ask me personally… where i had been lately…. a short answer come straight from me… BUSY!!!

aku saja pilih gambar ni… supaya aku ingat nak story pasal ni in the next post… kalau ada masa nak update lagi la… hehehhe

anyone here missed me??? Neaa… i don’t think so… but for you .. you and you who eventually come from time to time checking my blog… thank you very much…  i’m really really busy… especially bila bulan mengawan… ops… bulan kahwin ni tiba lagi… and do not forget… skarang bulan budak sekolah bercuti…

Bila budak sekolah bercuti … maknanya tiba masanya untuk mula merancang dan melaksanakan program demi program untuk kebaikan anak bangsa di sekitar Tawau ni insyaAllah… rancangan sudah mulai diatur… KAMI (Kursus Amal Islami)JAMBORI AMAL… merupakan antara program program yang disebut sebut hendak dilaksanakan dalam masa terdekat ni…. bagi yang tak biasa dengan program di sini… atau mungkin pembaca blog ku ni yang agak baru… adalah dimaklumkan , ini sudah menjadi amalan hidupku dari saat aku masih di bangku sekolah lagi… dulu peserta… sekarang antara tenaga penggerak untuk pastikan keberlangsungannya dari dulu… kini… dan selamanya insyaAllah… mungkin ini cara aku dan kawan kawan aku berdakwah… anyway… be alert as i will update you all with the latest activity soon that we’ll organized.

ahhh… mungkin kerana terlampau lama tak update… sampai aku pun bingung nak mulakan cerita aku dari mana… semua aku kena nukilkan sebagai simpanan dan tatapan ku di masa depan nanti… banyak sangat kejadian… atau kenangan yang hendak ku abadikan…

first aku nak bagitau korang semua… have you somehow saw my name “ADRY SABRY” appeared in any newspaper lately?? well … last month to be exact… aku cuba bidang baru… itu pun atas paksaan dari beberapa orang individu di sekitar ku untuk menulis di suratkhabar… so… aku pun cuba cuba la… alhamdulillah.. first try… berita aku published satu mukasurat penuh beb… mana tak kembang hidung.. hahahaha…  dari saat itu, maka bermula la karier baru sebagai penulis sambilan untuk sebuah akhbar… sampai ke saat ni… dah tiga berita ku terpublished.. korang cari cari la ek… hehehe…akhbar tu dijual satu Malaysia…

second… a new activity… a hobby which turned to be a profitable income… want to know what?? Me and my dear friend, Romzi… established a new identity in the net… dulu as a blogger… sekarang… as a freelance photographer… with the name Tawau Photography… satu persatu jemputan kami terima dan dua minggu pertama saja, pendapatan kami dah boleh beli satu lagi kamera dlsr yang baru… hermmm berkat ketekunan dan kerjasama baik antara kami berdua … kami mula mencipta nama di sini…. be sure to check out our new website : www.tawauphotgraphy.com …. kami masih beginners…  tapi insyaAllah sentiasa cuba buat yang terbaik disamping cuba meningkatkan ilmu dan kemahiran diri kami insyaAllah… dan kami akui masih ramai photographer yang jauh lebih pro di Malaysia ni… dan di Tawau ni… tapi minta izin berikan kami satu ruang yang kecil untuk bernafas sambil mengasah bakat dan skill kami berdua…  jadi sesiapa yang agak agak nak kahwin tak lama lagi… kalau korang perlukan photographer… hubungilah kami berdua… sample boleh dilihat dlm website kami…

Ok… apa lagi… ermmmm ok… selain daripada undangan untuk tangkap gambar pengantin… aku juga dapat jemputan menyanyi untuk majlis perkahwinan… alhamdulillah… makin murah rezeki nampaknya… alhamdulillah… ntahlah… dulu tak pernah terfikir langsung nak buat begini … tapi takdir yang membuatkan semuanya berlaku….

baru baru ni aku berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam satu program kebajikan… menghulurkan bantuan untuk mereka yang less fortunate di satu kawasan yang agak pendalaman… aku doakan semoga mereka yang dapat bantuan tu , bebanan yang dihadapi dapat diringankan…. and the best part of it… habis jak bantuan diberikan, kami terus pergi rehlah… kat mana?? haa… a new place for me… i never knew it existed before… best gila!!!!! lihatlah….

Best nya air terjun… argh macam takmau balik jak rasanya… hahahaha… aku ngah rancang rancang maybe bulan depan nak pergi lagi… yea yea!!! hehehehehe

Oh ya… akhir sekali… Happy Birthday to me!!! umurku meningkat setahun lagi…. dulu pernah niat nak kahwin bila da sampai umur ni :| …. nak ikut nabi la konon…. tapi….ahhh… kita hanya boleh merancang tapi Allah yang tentukan segalanya….herrmmm….. cepatnya masa berlalu…

Terima kasih la atas semua sms dan phone calls yang kuterima…. tak sangka ramai kawan kawan lama yang ingat birthday ku…. terharu sangat… kadang kadang even mereka yang lebih dekat ngan kita pun tak ingat… tapi yang jarang jarang dah berhubung plak yang ingat… thank you all…

Ok thats it for now… daa… :{