Aku tak tau siapa yang upload gambar ni dalam komuniti facebook Tawau … apa pun.. terima kasih… siap edit lagi…

Alhamdulillah… di saat aku taip ni… dah sebulan lebih aku bergelar suami kepada Rositafurlina bte Muhammad Said a.k.a Len Lena… Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dipermudahkan segala urusan… dan segala yang ku impikan tercapai juga akhirnya… ada yang cakap aku macam kahwin main main walhal aku sedar akan tanggungjawab besar yang ku akan pikul cuma mungkin majlis atau perjalanan majlis ku dilihat terlalu simple… yang membuatkan orang berkata demikian…

Aku dan kakak-kakakku… anak buahku… dan isteri tercinta…

Aku teringat satu ketika dahulu kak Neeza Shahril pernah tag aku … dalam tag tu aku jawab yang aku nak perkahwinan yang simple… alhamdulillah ianya tercapai tanpa tentangan dari mana mana keluarga walaupun ianya amat janggal dalam suasana masyarakat Tawau masih kuat dengan pegangan adat resam… aku cuba sebaik mungkin untuk permudahkan tanpa mengecilkan hati sesiapa … alhamdulillah.. buat masa ni respon yang ku terima semua baik malah ianya menjadi inspirasi beberapa sahabat sahabat yang ingin mengikuti jejak langkahku…  bukan apa ..  dalam agama , perkahwinan tu suatu perkara yang mudah… tidak sukar… tetapi akibat adat resam kita… perkahwinan menjadi satu perkara yang agak sukar dan melibatkan kos yang sangat tinggi … ini yang kadang kadang kulihat menyukarkan anak muda untuk berkahwin hingga terjebak ke lembah maksiat akibat tidak dapat mengekang nafsu setelah proses untuk menjadi suami isteri yang halal sukar….

rasanya tak perlula aku cerita semuanya kan… kalau ada masa… ingin juga ku lakarkan di sini cerita titik titik pertemuanku dengan isteri tercinta… hehehe… tapi panjang sangat plak nanti… all i can say… ada macam macam cerita ku nak ceritakan di sini tapi rasanya aku kena buat satu persatu… biarlah aku cerita semudah mungkin buat masa ini…

Aku mula merancang awal bulan Jun.. dan alhamdulillah… dari proses merisik… kursus kahwin… “Naik duit”… hingga pernikahan semuanya dilakukan dalam bulan yang sama… dan aku selamat diijabkabulkan pada 25hb Jun 2011..

ini pun dengan bantuan sahabat sahabatku especially saudara Lan a.k.a mowfurz yang bantu percepatkan pendaftaran kursus kahwin hari tu… pada masa aku nak daftar kursus.. aku dimaklumkan kursus pada 27 Julai 2011!!! tetapi sahabatku minta bantuan dengan ayahnya maka aku dapat masuk kursus kahwin pada 9 & 10 Jun 2011 …. alhamdulillah… seminggu lepas tu… aku penuhkan segala keperluan dokumen untuk pendaftaran nikah… pengesahan bujang… ujian HIV dan pada 17 Jun 2011 aku serahkan dokumen di JHEINS Tawau .. maka sah la tarikh pernikahan kami pada 25 Jun 2011

apa yang berbeza pernikahan kami berbanding pernikahan orang lain di Tawau, Sabah adalah penggunaan dinar & dirham sebagai mas kahwin …  ini sudah menjadi perkara biasa di semenanjung Malaysia… tapi di Sabah.. khususnya di Tawau ini mungkin adalah pertama kali ianya digunakan…


 

nasihatku… sememangnya dinar dirham baik sangat untuk digunakan sebagai mas kahwin… tapi tak perlu la aku ceritakan dengan panjang lebar bukan… buat la research sendiri k…  ada pelbagai jenis dinar dirham di luar sana… untuk pernikahanku… dinar kelantan menjadi pilihanku … walaupun ada yang mengatakan dinar borneo lebih baik sebab emas 999… tapi aku lebih suka guna dinar kelantan sebab bagiku lebih menarik… mata wang syariah…

 

 

Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) sekitar pukul 8.20am.. kami selamat dinikahkan dan aku kini bergelar suami…

 

Aku buat majlis ala kadar sahaja… majlis pernikahan dibuat di rumah perempuan di tanjung batu keramat laut… habis nikah… terus resepsi hingga ke petang… sepatutnya hingga jam 5.30pm sahaja… tapi tetamu tak berhenti2 hingga ke 12 tengah malam… pelamin ada… sekadar untuk bergambar kenangan dengan tetamu…

Terima kasih aku ucapkan kepada kawan kawan photographer yang hadir… FikryRomzi… Awang… ikhlas semua ya… terima kasih la sudi jadi jurugambar tak berbayar walaupun itu pekerjaan kamu semua…

Nak tahu apa yang dorang ketawakan?? Tengok video di bawah..

 

Special thanks to mr blen & pasangannya Tina… sudi hadir walaupun ku maklumkan majlisku beberapa jam sahaja sebelum ianya berlangsung… datang terus tolong angkat barang hantaran dan jadi videoman… hihi… bidang terjun jak ni…

Tak lupa juga tajaan baju pernikahan kami berdua… cik Sue yang dapat siapkannya dalam masa yang begitu singkat… cantik jahitannya & sulamannya… terima kasih sangat sangat…

Kereta yang menghantar aku pada pagi tersebut… cik bakal bergelar puan Marliza… terima kasih la kesudiaan menaja kenderaan … awal pagi dah sampai di rumah…

Sahabat sahabat dari Tawaubloggers… walau ku maklumkan di saat saat akhir…

Ini lah antara mereka yang membantu aku menjayakan majlis ku… dari urusan nak kursus sampai la hari majlis tersebut… semua sudi tolong tanpa bayaran… alhamdulillah…  hanya Allah yang dapat balas jasa kalian semua…

{Akan bersambung…}