Salam semua… fuh… lama tak update… apa ble buat.. busy sangat… sebelum ni, busy bab bantu kengkawan yang lain-lain buat persiapan untuk Kem Remaja Islam (KRIS-4) seperti yang pernah ku ceritakan sebelum ni… program tu dah berakhir khamis lepas….

Belum pun hilang penat berprogram di SMK Kuhara… Jumaat lepas aku sibuk plak siapkan nota dan presentation untuk bengkel IT di Kolej Komuniti… yeap… aku dapat tugasan untuk sampaikan ceramah di sana pada hari sabtu lepas… penat gila… pagi dari kul 8.30am sampai 5.30pm!!! Aku ajar dua kelas… baru la ku tahu penatnya kerja sebagai guru… aku harap ilmu yang kusampaikan tu dorang semua dapat praktikkan dan insyaAllah dapat manfaat… MAAFkan segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada hari tu… malam tu pas solat maghrib jak aku terus tidur…. keletihan… solat isyak kul 12 tengah malam… hahahaha…

Ahad plak… pepagi tu bawa kawan kawan makan mee tauhu!! hehehe… pastu balik rumah terus bersiap untuk hadiri kuliah agama yang diadakan setiap hari minggu… petang tu kluar makan ngan satu family akak aku yang sulung… dapat la jumpa anak anak buah aku tu… oh ya… akak aku yang sulung balik kg bab mak mertua dia meninggal dunia Jumaat lepas… Takziah…

Malam tu plak hadiri kenduri kahwin kawan aku… si Ramlah.. terkejut gila bab penyanyi2 yang dijemput buat persembahan di majlis tu seksi gila!!!!!  B! Astagfirullahalazim… betul!! aku tak tipu… seksi sangat!! sayangnya majlis yang sepatutnya mulia bertukar kepada majlis maksiat… sia sia… aku sempat bertanya pada mereka di sekeliling ku… rupanya “band” yang buat persembahan malam tu diimport khas dari seberang… band dangdut… kononnya terkenal utk majlis kahwin di sana… upah mereka saja RM800!! pergh… kalau dia upah aku nyanyi sehari semalam pun… biar kurang RM100 pun aku tak kisah… alahai…. nasib ada kawan teman aku pergi… kami tak tunggu lama… cepat cepat beredar keluar dari situ…. sekadar tunjuk muka kepada pengantin pompuan kenalanku tu.. balik tu jak kami terus kuar makan di gerai tom yam utama sekali pekena jus mangga gelas besar!! hahaha… puas hati kami bertiga…

Hari ni plak… pagi pagi buta pas solat subuh… aku terus gerak menuju ke Kota Kinabalu… fuhh memang letih sangat… apa ble buat… ada urusan penting kat sini… tapi aku sangat berpuas hati dengan hotel yang ku pilih ni… Hotel Ujana Tang… hotel ni dengarnya baru buka… aku rasa baru pas rebranding… under Hotel Tang Dyasty… dapat murah bab promotion rate… nasib ble online dari bilik ni.. tu yang ble update ni… :)

Jd… sesapa yang kebetulan berada di Kota Kinabalu… ble hubungi aku.. mana tau ble jumpa kan… looking foward to meet anyone new…

Until then… chow!