Ini merupakan sambungan dari entri sebelum ni ( My activities with TBU ) …

As i said before, aktiviti hari Ahad tu rahsia kan… kena tunggu majlis tu selesai baru ble cerita… so here it is… tapi sebelum tu aku nak buat penegasan di sini… TAWAU BLOGGERS UNITY tidak memihak kepada mana mana parti parti politik… kami di TBU mengambil sikap berkecuali dalam hal ini kerana tidak ingin berlaku perpecahan dalam kesatuan ini akibat fahaman ideologi politik yang berbeza.

 

Why i’m saying this?? It’s because… Hari Ahad lepas kami (Tawau Bloggers Unity) dijemput sebagai Urusetia Pemilihan untuk Mesyuarat UMNO bahagian P190 Tawau.

apa tugas tugas kami?? senang jerr.. kami bertugas sebagai pemantau , dan pengurus ketika sesi pengundian peringkat bahagian di jalankan. Jd, kami la yang mejaga kotak kotak undi dan mengira jumlah Undi untuk persidangan tersebut.

Ini adalah hasil jemputan YB Datuk Haji Tawfiq HJ Abu Bakar Titingan yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO kawasan Tawau. Sebab sebab mengapa kami dipilih adalah kerana sikap kami yang berkecuali dalam politik dan untuk memastikan proses pemilihan jawatankuasa bahagian Tawau dapat dijalankan dengan telus dan lancar tanpa mempunyai apa apa kepentingan terhadap calon calon yang bertanding.

Inilah juga sebabnya aku tak dapat maklumkan lebih awal aktiviti kami yang seterusnya sebab dikhuatiri ada pihak pihak atau calon calon yang bertanding cuba mendekati kami untuk kepentingan diri ketika proses pemilihan kelak kerana proses pemilihan tersebut 100% dikendalikan oleh Tawau Bloggers. Mana mana ahli yang terlibat atau mempunyai hubungan kekeluargaan dalam politik di Sabah dilarang dari mengikuti aktiviti ini.

Alhamdulillah semua dah selesai… dan semua perancangan berjalan dengan lancar tanpa apa apa pergaduhan atau rasa tidak puas hati antara calon calon yang bertanding sebab berpuas hati dengan cara pengundian dan pengiraan di jalankan.

Imbalan yang kami terima hasil persetujuan kami untuk menjadi Urusetia Pemilihan ini, selain bayaran titik peluh yang diterima, setiap ahli dapat sponsor baju keahlian Tawau Bloggers. hehehe… Thank you Datuk for the sponsorship. hehehe.. Akhirnya semua tersenyum berpuas hati walaupun kepenatan sepanjang hari di sini.

 

Keadaan di dalam Dewan Datuk Lau Bersebelahan Dewan Masyarakat Tawau.

 

See the difference? Aku jak satu satunya ahli TBU yang memakai baju berlainan pattern sebab semasa aku pergi mencari dan menempah pembelian baju, stok yang ada cuma 19 helai jak sedangkan ahli yang kena hadir 20 orang… jd aku jak yang terpaksa jd “Anak Bulan”… uwaaaa 

 

The trio.. like a rose.. 

 

Sista in the house.. hehehe.. Sis Angriani,Maya, and Nana

 

Aksi aksi Sabrina ketika menjalankan tugas.. ahaks…

 

Bergambar kenang kenaangan bersama Datuk Tawfiq…  Tiga orang ahli terpaksa balik awal atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan… tu lah sebabnya dalam pic cuma tinggal 17 orang ahli TBU… 

Popularity: 3% [?]