I’m very happy these two days… 15 & 16 February 2010…

First because of this :

Gathering #Tawau & #Tawau Bloggers

Al kisahnya begini…Ahli Tawau Bloggers (Farock) telah berjaya melancarkan satu fenomena baru dikalangan FB’s especially utk org Tawau di mana satu page iaitu “Tawau” telah menjadi perbualan hangat oleh para pengguna internet di daerah ini malah orang orang yang pernah dan asal dari Tawau telah mula bergabung satu per satu di dalam page ini hingga peminatnya mencecah 2 ribu lebih. Aku juga salah satu “admin” di dalam page ini.

Sentiasa ada sahaja isu mengenai Tawau yang dibincangkan di sini.. Malah Datuk2 … Yang Berhormat dari Parti UMNO/BN yang merangkap ADUN di kawasan Tawau dan parti pembangkang seperti PAS Tawau juga mula mengambil bahagian di dalam page ini. Aduan dari rakyat khususnya boleh dibincang sehingga YB sedar apa masalah yang ada di kawasan mereka. Dialog yang panas… kengkadang sampai memaki hamun tetapi alhamdulillah masih berjaya di kawal oleh para admin.

Jd.. page Tawau dan Tawau Bloggers hakikatnya adalah sama… kerana diwujudkan dan diselenggarakan oleh orang orang dari kelompok asal yang sama.

Dijadikan cerita… admin telah berbincang dan membuat keputusan untuk membuat gathering.. yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di kalangan ahli peminat Tawau & Tawau Bloggers.

Rancangan telah dibuat dan akan cuba dijayakan pada 15hb Feb, 4pm di “ABC”… alangkah malangnya apabila tempat yang dirancang…. tutup setelah kempen dimulakan 5 hari sebelum itu…. mau tak mau… kami teruskan juga… hasilnya ramai yang tak datang… mungkin kerana mereka menganggap ia batal kerana tempat tersebut tutup… walhal kami tunggu dan beralih tempat ke KFC di bangunan empire.

Tetapi sedikit tak bermakna tak meriah kan… walaupun ramai ahli Tawau Bloggers juga tak dapat hadir bab bercuti pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina ni… tetapi muka muka baru yang hadir cukup untuk menceriakan suasana.

Second day because of this:

Geng Photography

Aku mula terlibat dengan geng ni apabila ku ikut Bengkel Fotografi anjuran fotoimpian.com pada 2hb & 3hb Feb 2010….

ramai kenalan baru di sini…  dan selepas bengkel ni mula la aktiviti2 sampingan dibuat pada bulan ini… pertama Outing ke Bukit Gemuk pada 7 hb Feb 2010


Bang Ijan dan Bro Kenneth …. kenalan baru…

Yang terbaru skali kelmarin 16 Feb 2010 di Masjid Al Kauthar… tangkap gambar pengantin.

Gaya menembak

Perbincangan2 dan outing yang dilakukan sedikit sebanyak merapatkan aku dengan geng ni… dan banyak ilmu baru yang ku pelajari.

Sangat happening ok… i really grateful for the time and joy i manage to have with these group… what a life i have in Tawau… this is why i love my hometown! Tawau Rocks!!!

Popularity: 27% [?]