Sebagaimana pernah ku ceritakan sebelum ini, kami (Tawau Bloggers) mempunyai jemputan :

Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Tempat: Tawau Seafood Restaurant
Hari: Isnin 22 September 2008
Masa: 5.00 petang

Kami amatlah berbesar hati atas jemputan ini kerana ini adalah jemputan pertama dari seorang pemimpin di daerah Tawau yang amat dihormati. Seperti yang kamu semua sedia maklum, Tawau Bloggers masih baru dan penubuhannya belum pun sampai setengah tahun, jadi program seperti ini amatlah baik untuk menaikkan nama kami di mata penduduk penduduk Tawau..

Setibanya kami di tempat berlangsungnya majlis ini, kami dipersilakan oleh Datuk sendiri untuk duduk mengambil tempat sementara menunggu tetamu tetamu lain yang akan hadir ketika itu. Tetamu tetamu lain yang dijemput merupakan pegawai pegawai tertinggi kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Tawau.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Tawfiq sementara menunggu detik waktu berbuka puasa… di akhir ucapan beliau, beliau memaklumkan kepada seluruh hadirin dalam majlis tersebut tentang kehadiran “generasi muda” yang beliau jemput iaitu TAWAU BLOGGERS… kami menjadi tumpuan majlis itu buat seketika… dan tepukan gemuruh diberi oleh hadirin sekalian.. subhanallah, betapa bangga kami pada ketika itu.

 

Inilah dia  YB Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan… orangnya sangat mesra, dan amat rendah diri… seorang pemimpin muda yang amat dihormati di Tawau khususnya dan di Sabah Amnya… Beliau kini menjawat jawatan sebagai  Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.

Antara pemimpin yang selalu disebut sebut oleh kedua arwah ibu-bapaku ketika hayatnya…

 

 

 

 

Kemudian majlis diteruskan dengan menjemput Imam Daerah Tawau untuk membaca doa kesyukuran dan doa berbuka puasa apabila tiba waktunya. Hadirin berbuka puasa dengan makanan ringan seperti kuih-muih, kurma dan sebagainya…

Ketika kami menjamu kuih muih yang dihidangkan, Datuk Tawfiq datang ke meja kami untuk berkenalan.. aku amat terkejut sebab Datuk tegur aku dengan memanggil namaku dan beliau nampaknya mengenali arwah bapa ku… Beliau rupanya telah melawat satu persatu blog ahli Tawau Bloggers ,ini terbukti  apabila beliau bertanya khabar orang yang tidak hadir seperti suami dan anak Sis Angriani dari Angrianiworld.com

selesai berbuka dengan kuih muih yang dihidangkan, hadirin dipersilakan untuk naik keatas restoran untuk menunaikan solat maghrib… oleh kerana jemputan yang hadir ramai, aku ikut jemaah yang kedua dan di imamkan oleh Datuk Tawfiq sendiri… Aku bersyukur sebab aku tak perlu risau akan waktu menunaikan solat maghrib.

Selesai solat, tibalah waktu menjamu selera… makanan yang dihidangkan semua lazat lazat belaka ..

Ingin tahu pemilik restoran yang menyediakan juadah berbuka yang menyelerakan ini? inilah Encik Rahim dan isterinya Puan Rahimah Yayah.

 

 

Lawa puan pemilik restoran ni kan…

 

Setelah selesai menjamu selera… kami sempat beramah mesra dengan Datuk sebelum berangkat pulang.. Kami amat gembira dan diharap ada kerjasama antara Tawau Bloggers bersama Datuk di masa hadapan.. Sebagaimana biasa, kami ambil gambar buat kenang kenangan bersama Datuk.

 

 

 

 

Setiap yang hadir diberikan ole-ole Ramadan dari Datuk Tawfiq… nak tau apa “ole-ole” itu??

Inilah dia:

Minuman botol 2, kuih raya 1, keropok amplang 1, coklat cadbury 1 kotak, Kain Sarung 1 dan kerepek pisang 1.

 

 

Restoran Tawau Seafood manjadi saksi satu lagi peningkatan untuk komuniti blog pertama di Tawau iaitu Tawau Bloggers. Akhir kalam, Tawau Bloggers diharap akan bertambah maju aspirasi jati diri generasi muda Tawau.

RELATED POST : PUTERI EZZA, ANGRIANIWORLD, BUDI HERMAWAN

Popularity: 8% [?]