Malam tadi aku dan akak aku dijemput untuk sambutan perayaan kuih bulan di tempat kami belajar Tai Chi… sangat meriah… ada majlis makan makan… karaoke… pertandingan tang lung tercantik dan teka teki…  malas nak cerita banyak, let the picture tell the story… 

Dewan latihan yang dijadikan tempat sambutan perayaan kuih bulan malam tadi… sori bab tak berapa clear.. al maklumla.. tangkap gambar guna camera hp jerr.. 

 

Keadaan di sekitar dewan… 

 

Aku dan akak aku tak makan sebab khuatir akan status “Halal” makanan yang disediakan, so kami cuma makan buah buahan saja.. dan minum minuman kotak…  lagipun kami dah kenyang pas baru berbuka puasa tadi… 

 

It’s me and one of my sifu… ada 7 orang guru semuanya tapi yang lain semua sibuk layan tetamu… 

 

Nyanyian karaoke…

 

Lambang persatuan…

 

Tang Lung

 

Salah sorang rakan seperguruan di sini.. hehe

Acara bermula sekitar pukul 7pm dan berakhir sekitar pukul 10pm.. it was very fun… 

 

Sedikit info mengenai kuih bulan.. kepada yang muslim berhati hati sikit dengan kuih bulan ni.. bukan apa, asalnya kuih bulan ini tidak halal bab menggunakan minyak babi tetapi lama kelamaan kuih bulan dibuat secara halal untuk orang Islam sama-sama nikmatinya…

Di sini saya nak peringatkan , kalau kamu semua nak makan kuih bulan, cari yang ada cap halal dari JAKIM.. bukan apa, ikut pengalaman saya, jangan mudah percaya dengan kuih bulan yang dikeluarkan oleh kedai kedai roti walaupun dia letak cap halal sebab dikhuatiri ianya sekadar tipu helah supaya dapat jual dengan mudah dengan adanya pembeli dari kalangan orang Islam..