Hari Jumaat lepas… selepas solat jumaat di Masjid Babus Saadah Kg Muhibbah Raya, aku dapat sms dari kengkawan “Tawau Bloggers” ajak makan nasi bambong di Bandar Tawau.. So.. kebetulan aku free.. pas solat Jumaat aku straight ke sana… Ini kali keempat seumur hidupku masuk ke kawasan rombengan di bandar Tawau ni… Aku takla jaga standard sangat… aku sedar jugak diriku ni orang biasa jak… tapi entahla.. maybe sebelum sebelum ni takda sesiapa yang mengajak aku masuk tempat ni… bila dah besar panjang ni baru la ada member yang mengajak…
Siapa yang tak faham apa itu “Nasi Bambong” or Bambung … memang confirm bukan orang Tawau,Sabah… hehehe… BAMBONG ertinya MENGANGGUR… orang Tawau selalu guna perkataan ni… jadi kalau kamu tak kerja… orang tanya… kerja apa?? Jawapan mudah… bambong… hehehe
Jadi Nasi Bambong maksudnya Nasi Menganggur… means nasi ni khas untuk orang menganggur… takda duit… atau on tight budget… nak tau rupa nasi bambong??? Ok tengok kat bawah…
Nak tau harganya?? Nasi ni harganya RM1.50 sahaja!!! Yeap.. you can only get this @ Tawau… murah kan… so sesiapa yang fikir nak simpan duit… nak kahwin… macam aku… hehehe… sesuai sungguh makan nasi ni… jimaaat loh!!! hahahahha
ops.. melalut da… back to the story… pas selesai kengkawan ku makan nasi bambong… Sis maya terus tanya… apa aktiviti… entah mana la datang idea.. sis terus ajak jalan jalan cari orang gelandangan di Tawau… first question in my mind… ada ka???
Sis maya cakap dia dan Lisa da jumpa satu tempat… dia pun bagi aku tengok gambar dalam kamera digital miliknya… ops silap… milik cikgu Sudir … kamera yang dipinjamkan… insyaAllah diwakafkan kepada Tawau Bloggers… Tq very much cikgu Sudir!!!
Terkejut jugak ku tengok… tak sangka… di Tawau ada jugak orang yang hidup seperti ini… astagfirullah al azimmm…
Dengan itu kami pun mulakan operasi menjejak orang gelandangan…. kali ini destinasi yang kami tuju di area Kinabutan… khabarnya ada orang yang hidup di bawah jambatan di sana… Naik satu keta jer… keta baru cik lisa… Vios… nice… hehe
Setibanya kami di sana… ragu ragu jugak… kalau jumpa … aku nak cakap apa… risau jugak kalau kami diserang… kalau orang tu tak siuman… atau…. orang lalok atau yang tengah high… hisap dadah ker apa … ish ish ish…
Tapi kami dah nekad… daari jauh kami da nampak… kami terus bergerak mendekatinya…
err… aku blank… tapi sis maya yang juga berpengalaman sebagai wartawan lebih dahulu mendekatinya… Assalamualaikum… dia tak balas… entah Islam ker tak … kami main bantai jak… sis maya terus bertanya… kamu ka yang tinggal di sini??… sendiri ka?? sudah berapa lama??
aku speechless…
Orang tu diam … bila ditanya berulang kali… dia cuma mengangguk atau menggeleng untuk setiap pertanyaan…
Allah… apabila sis maya diam… aku sambung soalan tadi… lebih dekat cuba merapati… beranikan diri la… takkan mau kalah dengan sis maya yang perempuan kan… control macho geng… hahahahaha
Aku try usha… hulurkan duit… dia pun tak mahu… apabila sudah buntu… sis maya minta izin mau ambil gambar… dia cakap boleh… akhirnya bersuara…
Kami tegaskan dengan dia.. jangan takut… kami bukan mau tangkap kamu… kami mau bantu… manatau boleh bantu kamu hidup lebih selesa… aku pun terus hulurkan duit… dia bertegas tak mahu…
Aku cuba bagi ditangannya… dia tetap tak mau terima…
Akhirnya… dah selesai ambil gambar semua… kami pun bagitau mau pulang… aku hulurkan tangan untuk salam… dan kami terus perlahan lahan keluar dari bawah jambatan di Kinabutan…
Tempat dia memasak
Insaf aku… serius… aku rasa amat bersyukur dengan hidupku sekarang… susah susah kita… ada orang lagi susah dari kita..
Cerita berkenaan ops gelandangan ini sudah dipaparkan di dalam laman web Tawau Bloggers dan facebook Tawaurian… alhamdulillah ramai yang ambil perhatian…. moral of the story.. be grateful in life!!!
Isu ini kami paparkan bukan kerana mahukan publisiti… bukan nak burukkan Tawau…Â isu dia Pendatang Tanpa Izin atau tidak bukan menjadi persoalan… tetapi sebagai manusia… kita harus lebih prihatin terhadap mereka disekeliling kita…Â dan ini bukan rekaan … ianya kisah benar…
Alhamdulillah kami dapat respon yang positif dari beberapa pihak… ada yang nak hulurkan bantuan… dan pelbagai pandangan / cadangan diberi… diharap ada yang tampil dan ikhlas membantu… satu jak harapan ku… moga segala usaha kami dapat keredhaanNya…












akhirnya… terupdate juga… jangan lupa misi akan datang…
akhirnya, terupdate juga… jangan lupa aktiviti akan datang..
Nasi tue best, pernah makan, best sbb kat Sabah mostly harga makanan murah
sob sob sob…betul dry
bersyukur dgn kehidupan kita sekarang
sedihnya
kesian pula aku lihat terjadi
pada orang malaysia sendiri.
nasi bambong?
bilalah agaknya sy nak mampu naik kapalterbang dan berjalan2 ke borneo? hu hu hu
X KMU AJAK ORANG ITU PIGI MAKAN KA,BELI KAN AIR MINUM UNTAK DIA???