Salam Aidilfitri semua…. lama tak update… hehe… busy ngan raya la katakan… hahaha… tak terlambat lagi kan… raya kan sebulan… ermmm you alll dah puasa 6 hari dlm bulan syawal ni tak??  kalau belum cepat cepat la… jgn sampai tak buat tau… rugi wooo…. aku pun tak puasa habis lagi… tapi insyaAllah 6 hari tu takda masalah la…

Lebih kurang macam ni la keadaan pemandangan di Tawau… huhu… teruknya…

cerita terbaru tentang Tawau!? Jerebuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…  aiyyoooo punya la teruk jerebu sekarang ni… huish… jarak penglihatan teruk sangat …. hutan mana lagi terbakar… tapi on and off la jugak kan…. kalau hujan terang balik… tapi tak lama pas tu jerebu lagi balik… yang paling ku geram kemarin time aku lalu dekat airport lama tawau tu… ada pakcik yang biasa tanam sayur tu dengan selambanya membakar sampah dan daun daun secara terbuka… dah la time tu kuat sangat jerebu… dia ble buat selamba dek jak… ikutkan hati.. nak jugak ku hempuk kepalanya … haish… bikin panas tul…

Ok…. sepanjang hari raya aidilfitri dari hari pertama hingga la ke hari ni… banyak sangat yang benda yang ku buat sampai tak tertaip rasanya… ini lah akibatnya kalau lambat update… nak rangkulkan semua dalam satu entri payah sangat rasanya… apa pun… aku sangat geram bab kebanyakan gambar hari raya ni di tangan seorang kawan ku ni…. bab dia bawa kamera time tu… jd aku pun malas la nak ambik gambar guna hp ku ni kan…. apa lah sangat kalau dibandingkan dengan kamera yang tentunya pixelnya lagi besar… sure hasilnya jauh lagi terang dan jelas kan…. sekali tengok, sampai dia balik universiti dia tak lagi bagi aku gambar tu… haiyaa… salah aku la jugak agaknya… dah la.. malas nak panjangkan cerita….

hari raya pertama saja sekitar 14 buah rumah ku pergi… yang ni paling dahsyat la agaknya… hari lain tak banyak… skit skit jak… antara orang yang paling lama ku tak jumpa sebelum raya ni ialah My ex classmate , Sufriadi… alhamdulillah raya kali ni da jumpa… bayangkan, aku tak jumpa dia dari last day kami ambik SPM… ish ish ish… lama tu…  apa pun… tak la lost contact kan… skrg dia kerja di selangor… duduk kat bangi… hermmm nanti kalau ada rezeki gi KL aku gi ziarah dia….

Gambar curi dari seorang blogger… hhehe… aku tak perasan pun dia ambik gambar masa ni…

sepanjang beberapa hari raya tu.. masa raya keempat… aku dapat jemputan menyanyi lagi… kali ni majlis orang kahwin tu di Dewan SK Bandar II…. malam… dari kul 7pm sampai 10.30pm… tak sangka, ada jugak bloggers yang kenal aku… siap kirim salam lagi… dia kenal rakan duet aku… jd dengan itu, kalau dia baca entri ni… ku ucapkan waalaikumsalam yer…  aku tak kenal sangat… tapi aku dah tau blognya… thanks again… sesapa yang biasa dengar tu perasan suara ku malam tu tak macam biasa… alahai… biasalah… sumbang sumbang sana sini tu… maklumla… terlebih minum air bergas… hahahaha… syukur tu tak hilang suara…. tapi note tinggi banyak tak sampai… ahahahhaa… lantakla… tapi dalam satu majlis di raya ketujuh , suara ku dah pulih… kira dah tebus balik dengan nyanyian yang lebih baik pada pagi tersebut…. tak lama pun… mungkin ada dalam setengah jam… semua lagu raya… majlis rumah terbuka la katakan… hehehe…

Oh ya… sebelum terlupa.. pada raya kelima (Khamis)… aku sempat menghadiri majlis pernikahan kawan aku… Adib namanya…. alhamdulilllah… semua berjalan dengan lancar… mereka selamat dinikahkan pada pukul 11am di Masjid Al Kauthar dengan pasangannya Siti Aminah Soga… Majlis sambutannya dengar dengar hujung tahun… ermmm menyanyi lagi la gamaknya… hahaha… takpa dib… utk kau… free pun takpa.. ahahahaha… di sini sedikit video yang akan ku buat utk kenangan adib… belum siap lagi… nanti nak gabung dengan majlisnya hujung tahun nanti…  tapi utk sedikit paparan… tengok la… hehehe…  best best!

alahai… dah jadi suami orang ko dib… tak sangka jodohmu lebih dulu sampai… semoga dapat jd seorang suami dan ayah yang mithali….

sekarang aku dok tunggu beberapa kenalan ku yang dengar dengar nak kahwin gak… cepat cepatla yer… insyaAllah kalau murah rezeki, panjang umur, aku pun menyusul… hehehe… now thats all about my raya… how about yours??

P/s: Kalau aku pernah buat salah atau mengguris perasaan korang… termakan… terminum…. terpukul… tertampar… terpinjam… terambik….apa apa jak la… maafkan aku ek!!! Salam Aidilfitri to all of you!!!

Popularity: 26% [?]