JPJ = Jabatan Pengangkutan Jalan

Kepada sesiapa yang ikut perkembanganku melalui mukabuku (facebook) ku… pasti korang tau yang kelmarin aku ke lahad datu kan…  ada lah jugak kengkawan yang sempat bertanya di dalam status ku tu… aku buat apa ke sana….  jd di sini aku dah janji nak ceritakan semuanya…

owh.. what a day… tired… it’s really not my day… Aku bukan nak kondem sesiapa atau mana mana jabatan kerajaan ok… aku cuma nak kongsi cerita dan masalah yang dihadapi di bumi tercinta … Tawau, Sabah.

Pokok pangkalnya semuanya berkaitan JPJ… perlukah aku terangkan lebih lanjut… ermmm it’s one of my business… yang ni warisan turun temurun… hehehe… senang cerita aku ada link la dengan institut memandu Tawau ni… jd jgn plak tanya aku ada lesen apa..  bab kalau takat kenderaan di darat ni aku takda lesen bas jak (malas nak ambik) …. lesen motor… keta… lori… gdl… teksi… dan lain lain semua aku da ada… dulu bosan bosan aku pg ambik lesen… hahahahaha

Korang tau tak apa itu test card?? ala yang warna biru tu… kalau korang pernah ambik lesen memandu mesti korang pernah tengok kad ni… aku lupa nama standard apa.. tapi rata rata tutor memandu akan panggil test card jpj… sebab kad ini digunakan untuk tempah bila korang nak duduki ujian memandu jpj…

Ini contoh kad yang aku beli kelmarin…

kad ni mudah jak… simple… tapi sangaaaat penting… kad warna biru dengan cetakan komputer di atas membuatkan kad ini sangat bernilai… harga dia RM10 setiap satu…  dibeli dengan menunjukan salinan kad pengenalan murid belajar memandu… jd murid yang ambik lesen kadang kadang tak berapa tahu sangat pasal kad ini.. tapi bagi mereka yang ada kaitan dengan jpj atau sekolah2… institut memandu di seluruh Malaysia tau sangat pasal kad ni…

Nak dijadikan cerita… tak pernah dalam sejarah JPJ Tawau kad biru ni boleh habis…. totally empty… langsung takda dalam simpanan stok mereka… ok … fine… kalau takat sehari dua boleh tahan lagi… bab untuk murid belajar memandu yang baru nak test tak perlu risau bab masa buat lesen belajar memandu (orang selalu panggil lesen L) akan diberikan kad ini secara percuma pada kali pertama ianya dibuat… tapi bayangkan la… bagaimana kalau kad ini habis dalam jangka masa yang sangat lama… seminggu masih boleh bertahan ok… tapi kalau sebulan lebih???? Ya… itulah yang berlaku sekarang… dah lebih sebulan kad ini tiada di jual di JPJ Tawau… jd macam mana guru memandu nak booking test jpj utk murid mereka??? Siapa yang gagal tak boleh mengulang bab nak tempah tarikh ujian seterusnya kena beli kad ini… jadi murid pun terpaksa menunggu… menunggu dan menunggu…

Inilah keadaan di JPJ Lahad Datu kelmarin… dah penat drive… kena beratur lagi… huhu

Let say… minggu ni korang test jpj tapi gagal… tak kisah la bahagian 2 (Bukit dan Parking) atau bahagian 3 (Jalan Raya)… asal nak ulang kena beli test card ni dulu baru boleh tempah tarikh ujian yang seterusnya… tapi tak boleh kena tunggu kad biru ni ada  dulu baru boleh… korang rasa siapa yang akan jadi mangsa api kemarahan dan keresahan murid yang menunggu…. JPJ??? owh tidaaakk… yang akan jadi mangsa cacian… makian… adalah guru memandu yang bertindak selaku orang yang menguruskan segala proses pembelajaran memandu murid tersebut…. nasiblah client client kami terdiri dari mereka yang sabar… tapi aku kasihan tengok rakan rakan guru memandu yang lain sebab terpaksa menangkis tomahan dan ketidakpuashatian (adaka bahasa ini) murid memasing… berulang kali dibagitau… JPJ kehabisan stok… tak faham faham jugak… dorang ingat dorang kena tipu… ish ish ish…

Inilah sebab utama aku ke Lahad Datu kelmarin… bayangkan… atas desakan client yang menunggu… aku dan 3 guru memandu yang lain terpaksa mengambil inisiatif membeli test card ini di Lahad Datu… kami redah jak tau… walhal samaada stok di JPJ Lahad Datu masih ada atau tidak pun kami tak tahu… Aku terpaksa drive lebih daripada 4 jam (belum termasuk waktu berurusan… dan rehat makan) pergi dan balik hanya semata mata membali kad test ini yang biasanya boleh di buat di Tawau dalam jangka masa kurang dari 10 minit…  kalau hal ini berterusan… maka terpaksa la aku korbankan setiap hari rabu ku ke lahad datu… (satu satunya hari yang aku boleh kosongkan)

Ini contoh lesen GDL

Dan bukan itu sahaja masalah yang ada di JPJ Tawau sekarang…. Kalau korang nak buat lesen GDL yang warna hijau tu pun tak boleh….  da kehabisan kertas hijau tu… tak boleh buat lesen GDL …nak renew pun tak boleh… masalah ni dah ada sejak seminggu lalu… jadi bagaimana kalau ada checking polis trafik ketika kamu bawa kereta berpermit??? Siapa mau tanggung saman polis ni??? huh… aku pun tak tahu… Tawau Tawau… tak habis habis dengan masalah…

Kalau stok di JPJ Lahad Datu habis maka… terpaksa lah pula kami dapatkan di JPJ Sandakan yang mengambil masa perjalanan selama 10 jam pergi dan balik…

Aku dapat tahu masalah ini bukan di JPJ Tawau jak.. tapi juga di hadapi di JPJ KK dan Kuala Lumpur… kononnya JPJ nak tukar kad baru… kalau nak tukar, tukar jak la… bagi lah yang baru… yang mana masih ada simpan stok lama , habiskan la dulu… jgnlah tunggu sampai kehabisan begini… siapa yang susah… murid dan orang yang ditengah ni yang susah… kami terpaksa korbankan wang… tenaga… dan masa sedangkan bukan kami yang punca masalah… aduan da dibuat… harap harap segera diambil tindakan…

P/S: Sampai jak rumah.. internet masih takda… Internet takda dari semalam… aku call TM 100…. dorang cakap kat sabah dorang tengah test connection… 800 pelanggan TM yang kena… jd adakah aku harus ucapkan tahniah kepada diriku kerana terpilih!!!????

Popularity: 35% [?]