Aku mulai mendapat respon sambutan dari para pembaca blogku ni yang terdiri dari warga Tawau, tak kira adik , kakak , abang, pakcik ,makcik… terima kasih bab sudi membaca coretan coretan ku dalam blog tak seberapa ni…

Kali ni aku nak bagitau , salah satu sebab aku busy adalah kerana membantu rakan rakan dalam membuat gerak kerja KRIS kali ke-4, apa itu KRIS?? KRIS adalah singkatan untuk Kem Remaja Islam, dan ini adalah penganjuran tahun ke-4. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Siswazah Sabah.


Klik imej untuk paparan yang lebih besar.

Secara umumnya… mereka yang terlibat dalam organisasi penganjuran KRIS ni adalah mereka yang masih atau selesai menuntut di Universiti/Kolej tempatan. Tujuannya satu, untuk mengajak adik adik yang masih belajar di sekolah menengah untuk mengenali apa itu Islam. Ini adalah salah satu usaha baik yang dilakukan setelah sedihnya mereka melihat kebejatan moral yang berlaku di kalangan remaja remaja Islam di sekeliling kita. Kedua, untuk mendedahkan mengenai suasana kampus sebagai dorongan buat diri peserta yang terdiri dari kalangan pelajar untuk belajar bersungguh sungguh sebelum memasuki alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi.

Banner banner mengenai KRIS telah siap di pasang di sekitar bandar Tawau untuk makluman semua.

Suhasman (berbaju oren, UUM) merangkap sebagai Pengarah program dan pembantunya saudara Fadlan (UMS).

Jadi kepada semua yang masih menuntut di sekolah sekolah menengah di Tawau dan kawasan sekitarnya, cuti sekolah nanti ni jom sertai program ini… insyaAllah banyak manfaatnya!! Kalau dah join nanti, kalau nampak abang tegur tegurlah ya… daripada korang buang masa melepak di bandar tu… di sega… mengurat gadis gadis baya korang semua… duduk duduk minum di abc… depan quong ming… dating di “highway” … bukannya ada faedah pun… perabiskan duit mak bapak jak… mari kita isi dengan program yang bermanfaat… Yuran tak mahal pun… murah jak RM10 untuk program selama 4 hari 3 malam… daripada korang reloadkan hp awek atau boyfren korang apa kata kluarkan RM10 untuk program ni… demi masa sesungguhnya kita (manusia) dalam kerugian melainkan kita membuat kebaikan, berpesan pesan ke arah yang baik, dan beramal soleh.

Banyak aktiviti aktiviti menarik yang akan kita lakukan.

Masa untuk daftar adalah pada 8hb Jun 2009 (Isnin) , mulai pukul 8am hingga 12 tengah hari. Tempat SMK Kuhara Tawau.

Jadi , apa lagi.. jom sertai KRIS… jumpa di sana!!!

Nanti aku akan sertakan borang pendaftaran untuk korang download. Harap Maklum