Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim… aku mulakan entri setelah lama tak menaip di sini… hhehehehe… (Skema tu! hahaha :)) )…

Assalamualaikum you all… i’m back from Sandakan…. banyak sangat perkara yang tak disangka sangka terjadi sepanjang berada di sana… untuk makluman you all aku tak sampai pun bandar Sandakan seperti yang di rancang…. aku hanya berada sekitar kawasan “kinabatangan“…. ingat sungai kinabatangan yang famous itu?? within that area laa… cuma aku kat kota kinabatangan…

Aku tak lama di sana… sekejap jak… tapi sempat jugak laa aku jumpa blogger kat Sandakan ni… hahaha… takdir Allah… pertemuan tak dirancang… sempat jumpa saudara Salman di sana… alhamdulillah… (Lupa plak nak bergambar ngan dia)

Aku ke sana dengan beberapa orang rakan kerana satu urusan… menghadiri sebuah mesyuarat di sana… tak perlu la aku cerita mesyuarat apa kan…. yang menariknya… aku tak menginap di hotel seperti yang dirancang!! hahaha… tau kitaorang tidur kat mana?? kat Masjid… subhanallah… dah Allah rancang agaknya…. memang jauhh berbeza dengan hotel… hehe… dah macam Tabligh plak aku ni… hehhe…

yeap… menjadi tetamu di rumah Allah memang jauh berbeza… tapi aku rasa banyak kebaikannya… first sebab tidur kat sini free…. niat Iktikaf sepanjang berada di dalam Masjid sesuatu yang pasti ku lakukan… menginap di sini menjadi dorongan buat seseorang untuk lebih banyak beribadah kepadaNYA…. dan sangat tenang…

tak banyak yang dapat ku ceritakan sepanjang keberadaanku di sana… aku sampai hari Jumaat… dan bertolak balik keesokkannya.. pada pukul 9pm…. aku selamat sampai di Tawau pukul 12.30am….

mengantuk… penat… buat aku nak rehat banyak banyak ….. lagi tension bila server meragam dan tak boleh masuk ke blog ku ni lebih 48 jam… tensionnya… sesuatu perlu ku lakukan… hermm tapi aku nak tanya dulu pendapat kengkawan ku yang lain… ok sekian dulu buat masa ni …. otak ngah blank ni…

Popularity: 9% [?]