I know many of you wondering what the “special thing” that i want to say… i hope i don’t disappoint anyone.. it’s not a contest ok… , the thing is we want to help other in need for a change… Tawau Bloggers decided to help this little girl called Adik Nur Khadizah …

Kelmarin kami berziarah ke hospital besar Tawau apabila dimaklumkan oleh saudari Ezza mengenai anak muridnya yang ditimpa kemalangan. 

Aku cukup sedih apabila melihat dengan mata kepalaku sendiri keadaan adik Nur Khadizah Tinie yang ditimpa kemalangan apabila di langgar lori mengangkut sawit seberat 10 tan!! Ya, 10 tan!! tetapi alhamdulillah Allah dah tetapkan yang ajal adik ni bukan di situ, dengan kekuasaan Allah, adik ini terselamat malah tetap sedarkan diri walaupun telah di langgar lori seberat 10 tan. Malah boleh menjerit minta tolong selepas kemalangan. 

 

Ini merupakan gambaran terbaik yang dapat aku berikan.. pihak hospital tidak membenarkan sebarang sesi gambar menggambar ok… harap maklum.. ini merupakan gambar curi yang sempat diambil.

Menurut cerita yang dikisahkan kepada kami oleh ayah dan ibu kepada adik ni.. dia sedang menaiki basikal pulang dari sekolah menuju rumah kediamannya beriiringan dengan kawannya apabila dengan tidak sengaja kawan adik ni terlanggar tayar basikalnya membuatnya terpelanting jatuh dan termasuk di bawah lori yang bergerak perlahan yang kebetulan lalu pada ketika itu. Kejadian berlaku 50 meter dari sekolahnya di SK Skim Cocos Kunak pada 20 oktober 2008 (Isnin) pukul 12.40pm.

Akibatnya… kulit kepala adik ini terkoyak… tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas… 

tak dapat aku bayangkan jikalau aku yang berada di tempat adik ini.. aku sungguh kagum dengan kecekalan adik ini , dia tetap tenang dan menahan segala keperitan yang dialaminya dan menjawab segala soalan soalan yang ditanya oleh doktor ketika kami ada… aku rasa, kalau insan lain yang berada dalam situasi adik ni, mungkin tak habis habis menangis… menjerit jerit menghadapi kesakitan yang di alami…

Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya… apakata kita hulurkan bantuan derma untuk meringankan beban keluarga ini… hulur lah seikhlas hati dan yang termampu, walau RM1 pun insyaAllah niat dan bantuan yang kita hulurkan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T… 

 

Hulurkan bantuan derma anda melalui akaun peribadi bendahari Tawau Bloggers, Puan Angriani. Maklumat akaun adalah seperti berikut.

Maybank : 160036869787 , NUR ANGRIANI BINTI NURJA

Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi ke alamat :

tawaubloggers@yahoo.com

Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers : http://www.tawaubloggers.com/

 

So lets help others for a change… here, i want to urge all bloggers, communities to help spread the news so that we, can help this little girl and her family.

Bantulah seikhlas hati… jikalau derma tidak dapat anda hulurkan, tolong sebarkan berita ini kepada sahabat sahabat , rakan rakan blogger yang lain.. insyaAllah dengan bantuan tak seberapa ini kita dapat membantu mereka yang dalam kesusahan.

 

bantulah sekadar yang termampu…