Kejadian ni berlaku di Kampung Muhibbah Raya Tawau , Sabah (2.00pm)
Kemarin petang pas solat zohor aku rajin kan la diri pergi tengok kebun aku… aku ditemani lagi dua orang.. saja gi jalan jalan , abis kalau balik rumah pun bukan ble makan kan.. tiba tiba jerr dapat call dari sorang dari warga kampung… rupa-rupanya ada rumah terbakar… dia pun tak pasti rumah sapa … terkejut aku.. macam macam da dalam fikiranku… aku takut yang terbakar tu rumah aku.. bab dia cakap kawasan kg sebelah bawah…
Aku pun kelam kabut la call akak aku.. dia kat rumah , dia cakap bukan rumah kita (Fuh! Lega aku) tapi berdekatan sini la… kami pun bergegas balik dari kebun ku.. dengan kelajuan maksima yang ble dicapai keta aku, kami berjaya sampai dalam 20 minit… orang kampung semua dah ramai di tempat kejadian… ramai yang menolong menyelamatkan harta benda sementara bomba yang baru sampai set up air dari pili bomba berdekatan…

Pandangan pertama ku sampai di tempat kejadian
Habis dua buah rumah… satu rumah cina , satu rumah melayu… dikatakan punca dari rumah cina … litar pintas dari air cond di biliknya .. tuan rumah tiada dan air cond di bilik terpasang dan berkunci… pembantu rumah tak dapat masuk kawal keadaan api dari lebih buruk… oleh kerana angin kuat, merebak ke sebelah rumah… yang melayu tu kenalan arwah abah… kasihan… Pakcik Ahmad Untong.. tak beruntung dia kali ni… dah la uzur… nasib la jiran jiran sekampung berdekatan sempat selamatkan beliau… kalau tak, boleh bawa kematian…

Antara orang kampung yang hadir

Keadaan salah sebuah rumah yang terbakar dari jauh
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa cuma kerosakan harta benda… secara kasar duah buah rumah habis terbakar dan satu buah kereta (Honda Civic Putih) hangus dalam kebakaran… Cobaan di bulan puasa… kepada keluarga yang terlibat harap bersabar… berdoa semoga Allah tunjukkan jalan… Peringatan buat kita supaya lebih berhati-hati… jangan bermain api… kecil menjadi kawan besar menjadi lawan… wallahualam
P/S: Inilah keindahan duduk di kampung, warga kampung bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama semua saling tolong menolong. (^_^)
Next Entry: 08.00am (9/9/2008)
Popularity: 3% [?]








ya allah..
sangat simpati dengan keluarga2 tersebut
dah la bulan2 puasa ni..
err..
huhu..
kesian dgn pakcik untong itu.
comelnye name
tu la..
haih!
suka x tutup air cond la!.
kan dah jadik litar pintas huh..
alhamdulillah xde kemalangan jiwa
one more.
suka tgk org2 kampung bro.
sekurang-kurangnya mereka membantu.
bukan mcm sesetgh org.
hanya tahu melihat!
hehee… comel ke namanya… hehehe…
Tu la.. jangan biar air cond hidup dan tinggalkan lelama…
yeap bersatu padu, bercerai roboh…
sangat simpati. tapi mmg aku lihat org kampung semangat gotong royong dan satu padunya sangat tinggi
ps: dalam kekalutan tu sempat gak ko amik gambar ye adry. wahahahah
tu kan tolong jugak, tolong ambik gambar… kui3x!
ya.. tolong ambik gambar … hahahaha
yeap itulah keindahan duduk di kampung…. hehehe… nak masukkan dalam blog la katakan…
dengar khabar rumah orang cina tu berlaku litar pintas kat tingkat atas kan adry… dekat ka ngan rumah ko tu….
aku kecian ninguk honda civic yang terbakar tu…..
yeap… air cond tu di biliknya di tingkat atas….
huhu… abis keta tu…
Nasib pakcik tu x untung utk haritu…
Alhamdullillah.. xdak kemalangan jiwa ke hapa kan.. dugaan…
yeap.. tak untung.. hehe… nasib takda papa….
semoga yang terlibat bersabar dan menerima semuanya dengan tabah
insyaAllah…
kg mana ni???benar2 ujian d bulan ramadhan
Kg Muhibbah Raya Tawau Sabah
innalillah hi wainnalila hi roji’un
dugaan di ramadhan,
memoga keluarga tuan rumah tabah.
gambor curah air tu menarik:)
insyaAllah… photogenik kan.. hehe
Salam Adry…
Sis rasa, anak kepada salah seorang pemilik rumah yang terbakar tu cikgu di Kunak. Nama cikgu tu Julieyanah Ahmad. Kesian, kelam-kabut dia balik kampung. Dugaan bulan Ramadhan ni. Moga-moga mangsa-mangsa kebakaran ini tabah menghadapinya. Dan, semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang bencana/malapetaka.
Salam sis…. Uiks.. sis kenal ek… huhu… harap mereka bersabar…
Innalillah… (kalau dengar berita buruk kan kena cakap cam ni kan..). Memang dugaan untuk Pakcik Untung tu.. bulan puasa pulak tu.. diharap dia bersabar hadapi dugaan.. neighbor dia tu mesti rasa bersalah kan. Tapi kemalangan dah terjadi.. tak boleh nak cakap apa dah. Cuma boleh beringat in the future lah kan..
Akak suka duduk kampung sebab tu la.. orang suka tolong menolong.. berlainan dengan penduduk bandar.. buat tak kisah hal jiran pun…
yeap betula la ucapan akak tu… dugaan Allah untuk dia di bulan puasa ni… harap harap ada insurans…
ini la best duduk kampung…
Ya Allah!!!
punyer terkejut sis dry
kesian sama mangsa kebakaran tu yaaa
adeiiiii
dugaan di bulan puasa…
ndak buat tabung kebajikan untuk pakcik tu ka dry?
tula… saya pun terkejut hari tu…
mmm tabung kebajikan tak perlu rasanya bab ramai YB, Datuk Datuk datang melawat dan hulur sumbangan…
sian pada tuan rumah terbakar tu..ermmm…macam manalah tuan yang melayu tu nak beraya ek..banyak belanja nak kuar tuu..
tula… tak taula… skrg dia duk tumpang rumah adiknya dalam kg ni gak…
dugaan… insyaAllah… Allah nak berikan yang lebih baik…
Allah nak bagi rumah yang lebih baik la tu kan… semoga murah rezekinya pasni…
Dugaan…..
nasib baik la org2 kampung ramai suka menolong ni…
tula… kalau tak taula… huhu
Semoga mereka yg terlibat diberi kekuatan
diri untuk menempuhi hari mendatang.
kita doakan sesama ek…
isk…isk..isk…one tragedy after another…bnyk dugaan ye bulan pose nih…
tula… cobaan semua tu….
kuatnya dugaan… hadapi ngan tabah… Allah xkan beri ujian kpd sesiapa yg xmampu menerimanya…
betul tu…
Allah nak bagi dia rumah yang lebih baik kot kan.. semoga rezekinya murah pasni…