Alhamdulillah… Buat pertama kalinya Group Tawau Kaki Photo berjaya menganjurkan Program Derma Sambil Berbuka Puasa.

Tawau Kaki Photo adalah satu group facebook yang menghimpunkan seramai mungkin orang orang yang terlibat dalam dunia fotografi di Tawau & sekitarnya. Ianya diketuai oleh encik Blen @ Eddie Susanto Samin. Dalam group ini, ahli ahli dapat saling bertukar pendapat dan berkongsi maklumat fotografi atau sekadar racun meracun sesama ahli tentang gajet gajet terbaru yang ada di pasaran. Ianya sangat santai dan amat selesa dalam menghubungkan sesama ahli di dalam group ini.

Balik kepada cerita asal… Beberapa hari sebelum bulan Ramadan bermula, abg Muslianshah (salah sorang anggota TKP) mencadangkan agar group ini membuat majlis ringkas dengan mengumpulkan dana dan menyumbang kepada mana mana badan kebajikan yang ada di Tawau. Pelbagai cadangan diterima, dan setelah ianya diteliti akhirnya cadanganku terpilih!!!… mana lagi kalau bukan Madrasah Darul Hidayah Kg Sungai Imam.. Happy sangat sangat!!…

Aku ingat lagi bagaimana Madrasah ini mula hendak dibina… pencarian dana yang tak putus putus diusahakan … sampai ada sahabatku setiap bulan Ramadan, tiap tahun akan ke tanah semenanjung Malaysia untuk berceramah dan mengutip derma di masjid masjid… Alhamdulillah, untuk tahun ni, sahabatku ni berjaya mengumpulkan RM4 Ribu Ringgit sepanjang 8 hari di sana. (Baru jak jumpa kemarin, tu yang tahu tu… dia baru balik) .

 

Walaupun bukan aku yang bersusah payah buat program ni, tapi aku sangat sangat gembira sebab dapat membantu pihak Madrasah dan pelajar pelajarnya apabila cadangan ku diterima oleh geng photo TKP. Sekurang kurangnya student madrasah ni pun happy la ba kan… bukan selalu orang mau sumbang di sini.. sebab seingat aku, kalau sebut jak mau menyumbang, mesti Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah yang selalu terpilih… Aku bukan tak suka… bagus tu memang bagus… cuma aku rasa ada tempat lain yang lebih layak terima sumbangan khususnya Madrasah ini sebab persekitaran yang dhaif tak padan dengan ilmu yang diajar.

Aku punya sejarah tersendiri dengan madrasah ni.. tapi tak perlu la aku mau cerita panjang lebar… rujuk jak entri entri ku sebelum ni untuk cerita mengenai madrasah. Yang penting, setiap bulan ada program Tafaqquh Fiddeen di Madrasah ni dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja untuk hadir dan mendalami agama Islam. Jangan lupa, kalau mau hadir terus siap siap prepare untuk berqiyamullail.

Alhamdulillah berkat usaha dan kegigihan abg Muslianshah & admin TKP dalam merancang dan mengkoordinasikan acara tersebut, ianya berjaya dilangsungkan dengan jayanya..

Lebih 50 orang pelajar Madrasah diraikan di dalam majlis ini, sumbangan berbentuk wang ringgit diberikan kepada anak anak yatim di kalangan student madrasah ini. Tidak lupa, satu tangki air besar juga didermakan kepada madrasah hasil wang yang dikumpul di kalangan jurugambar jurugambar TKP. Sumbangan peribadi oleh pemilik restoran sri pantai, abg Anuar & isteri dan bro Basiri juga diberikan kepada student madrasah.

Bergambar dengan pelajar Muslimin  Madrasah Darul Hidayah

Bergambar bersama pelajar Muslimat Madrasah

Gambar kenangan ahli TKP yang terlibat