Wow… lamanya aku tak update blog ni… Bukan tak mau update… cuma teramat la busy… insyaAllah Ahad ni aku free, aku ziarah semua page yang tersenarai dalam link “bloggers” aku… sesapa yang tak tersenarai tetapi dah tinggalkan komen , don’t worry aku akan tambah nanti dan ziarah sekali ke page korang… 

Sesapa yang takde dalam senarai link dan belum terima lawatan dari tuan hamba… tolong maklumkan ek… hehe… 

Ok… seperti yang aku dah ceritakan sebelum ni… aku amatla busy dengan projek jutaan ringgit aktiviti aktiviti anjuran Tawau Bloggers dan kerja kerja yang mendatangkan income kepada aku… insyaAllah aku akan aktif semula berblog tak lama lagi… as my tittle said… a day with the orphan…. ini merupakan kisah aktivitiku bersama kengkawan se usrah ku di Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah Tawau yang diadakan sabtu lepas (1hb November 2008) … huhu.. cerita backdated ni.. hehehe… takperla kan.. aku nak abadikan di sini untuk kenangan indah di masa hadapan… 

INI BUKAN PROGRAM TAWAU BLOGGERS UNITY… PROGRAM AMAL CARE NI ANJURAN KAWAN2 SEUSRAH

 

Mesti korang terfikir apa plak cike puke tu kan… hahahhaa… tungguuu… 

 

Sabtu lepas… kami sekumpulan dalam 10 orang ahli usrah ku bergerak ke Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah di Batu 4, Tawau.. kami lakukan aktiviti yang kami ibaratkan sebagai “motivasi” untuk mengisi masa lapang adik adik ni selain cuba memberi kesedaran dan menambahkan semangat diri mereka untuk belajar rerajin dan menjadi seorang yang beriman dan berguna… program ini kami panggil “Amal Care”

 

Kami yang datang dari pelbagai latar belakang , guru… tentera…. usahawan… bambung berkesedaran… cuba berkongsi sedikit pengalaman hidup dengan adik adik di sini… we have nothing to offer… kami datang tanpa sponsor mana mana pihak… cuma keinginan kami untuk beramal, berbakti dan berdakwah…. Rasulullah pernah berkata, “Sampaikan walau satu ayat”… atas dasar inilah menjadi tunjang kekuatan kami… 

Hanya ilmu dan pengorbanan dapat kami curahkan… mengikut maklumat yang kami terima , memang ramai orang-orang dan persatuan persatuan yang datang memberi sumbangan … tetapi kebanyakannya cuma “memberi dan pergi”…. jd banyak masa adik adik ni yang terluang… jd usaha kami ini amatlah di alu-alukan oleh mereka… alhamdulillah… 

 

Kami mulakan acara dengan ucapan dari sahabatku Burhanuddin Sirajuddin …. kemudian diikuti dengan beberapa tayangan untuk menghiburkan hati adik adik ni semua supaya mereka tidak bosan… kami selang selikan ceramah-ceramah motivasi dengan tayangan tayangan supaya mereka kekal entertained dengan acara yang kami jalankan…

Acara ini kami adakan di ruang bilik asrama yang masih belum digunakan yang pada asalnya untuk menempatkan anak anak yatim perempuan tetapi telah diubah ke lokasi lain untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini akibat pergaulan lelaki dan perempuan di satu tempat yang sama… lagipun adik adik disini tak ramai cuma 12 orang saja.. jd buat masa ni muatla…. in the future , kalau bilangan mereka bertambah.. kena la cari lokasi yang lebih sesuai… 

Setelah selesai dengan ceramah2 dan tayangan2 yang diberikan… kami cuba hiburkan adik adik ni dengan aktiviti tepuk tepuk.. hhahahahaha… alhamdulillah semua enjoy begitu juga kami…

Lihat video ni…. 

 

Now you know what is cike puke right… hahahaha…. some of you mesti ngah binggung.. what the hell are they saying , so here a short dialogue of what they say :{ Cike cike… puke puke… cike puke… tingngaling ngaling ngaling ..tingaling ngaling ngaling….swaha… swaha…   mapel .. kau ada… } hahahahahha…. lol… 

 

selesai bergelak ketawa… kami adakan solat zohor berjemaah dan makan tengah hari bersama… dan diikuti dengan latihan dalam kumpulan (LDK) … selepas solat asar… kami adakan sedikit pemberian cenderahati dan pemberian hamper kepada adik adik di sini…. (semua ini dibeli dengan sumbangan sumbangan yang kami terima oleh mereka mereka yang bermurah hati… semoga Allah membalas jasa kalian)

 

Kami juga menyumbangkan buku buku rujukan untuk simpanan perpustakaan untuk kegunaan adik adik ni belajar… 

Selesai semua aktivti.. kami sempat bergambar beramai-ramai untuk kenang kenangan bersama… 

 

Sebelum kami balik… kami sempat beriadah bersama mereka…

 

 

InsyaAllah kami akan adakan lagi aktivti bersama adik adik ni bila tiba musim cuti persekolahan nanti… kami juga akan cuba datang lebih kerap bersama adik adik ni dan membantu apa apa sahaja permasalahan yang mereka hadapi … tak kira dari segi pembelajaran … masalah hidup… kewangan ….. apa saja … mengikut kemampuan yang kami ada… selagi ada daya akan kami usahakan insyaAllah…