Archive for July, 2008

Pemergian yang tidak diduga…

Mula-mula aku nak cerita tentang kelas tai chi yang aku ikut semalam… tetapi aku ubah fikiran, untuk entri kali ni aku nak cerita apa yang berlaku semalam selepas aku balik dari kelas tai chi…


Seperti yang aku dah katakan… semalam aku mula ikut kelas tai chi buat pertama kalinya start kul 8 pm hingga 9 pm… tetapi oleh kerana aku dah ketinggalan beberapa kelas sebelum ni aku terpaksa buat extra.. so semalam aku habis kul 10pm… balik dari kelas , aku kuar minum ngan akak aku sampai kul 10.30pm… so dalam kul 10.45pm aku sampai rumah… oleh kerana dah penat kejap jerr dah tidur… tetapi around pukul 11.10pm kawan aku Daud rupa-rupanya datang ke rumah… oleh kerana aku dah tidur abang ipar aku yang ambik pesan then kejutkan aku… apa pesanannya?? “Bang tolong bagitau si Adry bapaku meninggal dunia ya..” Lebih kurang macam tu la kata daud ngan abang ipar aku…

Innalillah wainna ilaihi rajiunn…

me and my friend daud…

Of course la aku terkejut!! Aku kelam kabut bersiap then straight terus pergi ke rumahnya…. Subhanallah…. kesian kawan aku ni… aku peluk dia dan bisik kata semangat kat dia… satu jak yang dapat aku kata masa tu… Sabar.. sabar… sabar….
bila dia dah agak tenang , aku suruh dia jangan terlampau bersedih , insyaAllah Ayahnya selamat…. sesiapa yang baru saja solat isyak berjemaah bersama dengan arwah pada malam tersebut mesti terkejut …. macam tak percaya bab baru jak jumpa… tapi ajal maut di tangan tuhan… tiada siapa yang dapat menduga…

Daud bertanya dengan aku… bagaimana aku hadapi situasi ni masa mak dan ayahku meninggal dunia… aku jawab, tak perlu bersedih sangat… sebab arwah cuma pergi ke alam lain… doa kita sebagai anak yang penting untuk membantu arwah … menjamin arwah selamat di sana…. insyaAllah… doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya tiada penghalangnya….

Bila keadaan agak tenang , aku tanya apa yang telah berlaku…. dia cerita yang ayahnya memang ada penyakit jantung untuk sekian lama…. beberapa hari sebelum arwah… ayahnya memang susah nak tidur bab sesak nafas…. mereka adik beradik nak bawa ke hospital tetapi ayahnya berkeras tak nak… (mmm biasalah.. dulu arwah ayah aku pun tak suka pergi ke hospital tapi kalau dipujuk baik-baik mau jugak akhirnya.. )

Ok , pada malam tersebut arwah ayahnya hendak minum “coca cola” (Orang yang sesak nafas memang suka minum minuman bergas walaupun dilarang oleh doktor) jd anaknya yang paling bongsu pergi ke kedai runcit berdekatan tetapi tiada oleh itu dia pergi cari kat kedai runcit lain yang agak jauh… mungkin agak lama… ayahnya berjalan naik ke atas… beliau singgah kat kedai runcit berhampiran bus stop berdekatan masjid mencari anaknya… dia sempat bertanya dengan budak-budak yang lepak kat bus stop tu… “Ada kamu nampak si boy???” (Lebih kurang begitula ayatnya.. ) Kemudian tiba-tiba , mungkin akibat penat beliau terus sesak nafas dan terus rebah di jalan berdekatan bus stop di depan masjid ….

Dua orang yang tinggal berhampiran iaitu bang Izzudin dan bang zul datang memberi pertolongan dan menghantar arwah ke hospital… arwah sempat koma buat beberapa ketika sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir setengah jam kemudian…

Lebih kurang begitulah kejadian yang berlaku… buat keluarga Arwah diharap banyak bersabar… insyaAllah roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh … aminn..

Share/Save/Bookmark

Blajar Tai Chi a.k.a Qiqong…

Dua malam lepas seorang kawan ajak aku ngan akak aku pergi kelas Tai Chi… so kitaorang setuju untuk pergi tetapi sekadar melihat keadaan dahulu….

Rasa cam berminat gak… kelas dia isnin hingga jumaat… tak lama , sejam jerr… 8pm sampai 9pm….

Kitaorang dapatkan Borang Penyertaan , insyaAllah akan start malam ni…. kepada you all yang nak join bolehla ikut… tp rasa-rasanya kamu mesti sekurang-kurangnya faham bahasa cina.. especially Mandarin…

Borang Penyertaan yang perlu diisi.. sori tak berapa jelas…

Lagu yang perlu dihafal… akan dinyanyikan setiap kali latihan Tai Chi dimulakan….

Gambar lupa nak tangkap… so for now tengok la sedikit video latihan Tai Chi yang sempat ku ambil…

Share/Save/Bookmark

Apa yang berlaku beberapa hari lepas…

Mmmm very busy sampai tak dapat nak update blog for the past few days…. sorie… sibuk sangat sampai terpaksa lupakan “internet life” buat seketika… Aku try cerita secara sepintas lalu apa yang dah berlaku dan siapa yang aku jumpa untuk beberapa hari yang lalu….
As you know…. keluarga angkat aku dari KL datang ziarah kami adik beradik di Tawau…. mereka datang bertiga…. Anak bang Rodin , Hanis from KK…. Mak ayah dia dari KL…. dah lama tak jumpa… about 5 years…. selama ni pun contact through sms jerr… kebetulan mereka ada sedikit kelapangan , mereka dapat datang ….. pagi hari sabtu lepas kami singgah ke tanah perkuburan untuk ziarah pusara mak dan ayah….
Oh yea…. Abang Rodin ni sekarang kerja di KPDN Wisma Putra… position dia aku dah lupa… dua tahun lepas dia Pengarah KPDN Sarawak.. dah naik pangkat so aku pun tak pasti apa jawatan dia sekarang… Banyak gak maklumat baru yang aku dapat dari dia… yelah… kan sejak harga minyak naik semua barang naik.. so dapat gak aku tahu cerita orang yang di dalam kementerian tu…. Latest, HARGA GULA NAK NAIK LAGI!!! Naik 30 sen…

Hanis yang belah kiri….

Sori takda pic keluarga angkat aku ni… lupa nak ambik…. semua berlalu terlalu cepat…. tapi aku sempat ambik gambar anak keluarga angkat aku ni… Hanis namanya… aku tak pasti dia anak keberapa dari abang Rodin… dia pun datang ke Tawau…. dia dari Kota Kinabalu…. student UITM KK… skarang wat praktikal di LPPP KK… Peramah dia ni… nice… baru jumpa pun macam dah kenal berpuluh tahun… hehehe…

a little info about her: Dulu after SPM… ayah dia hantar dia duduk kat rumah aku… kira macam cuti-cuti la… dia duduk kat rumah aku 5 bulan… itu first time dia sampai Sabah (Masa ni aku takda.. aku kat KL blajar)… time dia duduk Tawau, dia ambik lesen keta dengan mak aku… sampaila dia dapat offer masuk UITM KK… Dia kata.. first time dia masuk UITM KK… ramai orang ingat dia orang Tawau… hahaha…. abis… dia cakap sabah slang Tawau… hahaha sedangkan Ayah dia orang Kelantan, Mak dia orang KL…..

Ok, then aku berkenalan lagi dengan seorang ni…. kira macam bisnes partner la ni… baru kenal gak… kami jumpa pun bab seorang lagi kawan saya yang kenalkan… namanya Abdul Halim Abdullah… dia ni driving Tutor gak but from Institut Memandu KMK di Kota Kinabalu…. dia ada 2 kerja…. siang sebagai driving instructor … malam sebagai wartawan untuk Akhbar Daily Express…. dia ni pun peramah gak…

Sebelum dia terbang balik ke KK … sempat gak aku bawa ni makan-makan durian depan Grace Plaza di Bandar Tawau… hahaha… best best… lama tak makan durian… nyum nyum… Durian King Of Fruits… (^_^)

Share/Save/Bookmark

Updates….

Untuk beberapa hari ni rasa agak janggal dengan ketiadaan mama di sisi… kami adik beradik amat terasa kehilangannya… sunyi… tak dapat bayangkan bila akak yang sulung dengan anak anaknya balik ke KL…. huhu… tinggal kami dua beradik duduk dalam rumah besar ni… huhu… masih cuba sesuaikan diri dengan perubahan ni….

But life must goes on… anyway.. antara urusan yang ku perlu buat… penukaran nama untuk syarikat milik mama…. ke mahkamah syariah untuk urusan pembahagian harta…. Bank… etc etc…

Kenangan ketika menghadiri konvokesyen akak aku..

Oh ya… tomorrow i’ll be expecting someone… keluarga angkat family aku … En Rodin Mamat sekeluarga…. mereka datang dari KL nak ziarah pusara mama dan bapaku…. ada yang kenal ker?? siapa yang pernah kerja di Mampu atau KPDN Sarawak mungkin kenal… anyway… rasa segan gak, bab dah lama tak jumpa… huhu…

Hope tomorrow going to be fine…

Share/Save/Bookmark

Award…


Maybe entri agak lambat skit… tapi aku tetap nak ucapkan bebanyak terima kasih yang sudi bagi pengiktirafan untuk blog ku ini…

Thanks to Akak “Kuina Jentayutiara” , Akak “Cendawanintim” dan kak Neeza Shahril bab bagi anugerah daily blogger ni…

Thanks for all of you yang ambil peduli terhadap blog aku ni… aku tahu ianya tak seberapa… but
anyway million hugs and kisses to all of you who cares….

Share/Save/Bookmark

Terima Kasih Semua !!

First of all thanks to all fellow bloggers yang prihatin dengan komen komen yang telah diterima atas pemergian arwah ibu saya yang tercinta… sometime its not money that count, its the sincerity… i can feel that from all of you… straight from the heart…

Terima kasih saja ucapan yang dapat saya berikan…

Sori bab lambat balas komen you all semua… tapi aku janji akan balas semuanya, insyaAllah…. Ada masa aku akan visit semua page you all k… yang pernah bagi komen akan dapat priority…

For these few days.. i’m busy…. banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan pemergian arwah… tak sangka dah jadi yatim piatu dah kami tiga beradik… huhu.. busy dengan urusan syarikat… kenduri tahlil… dan kunjung ziarah yang masih belum putus sebab masih ada yang baru dapat tahu walaupun dah 5 hari pemergian arwah… esok malam ketujuh arwah…

Ok.. that’s all for now.. until next post…

Share/Save/Bookmark