Archive for June, 2008

Liwat.. liwat… liwat….


Dah takda benda lagi kerr nak cerita… newspaper… TV segala macam media sibuk cerita Datuk Seri Anwar Meliwat!!!

All this crap menyemak dalam akhbar… Dorang saja jerr nak sensasikan berita ni… orang tu baru buat laporan tapi cerita tentang ni berkolum kolum dalam paper… tunggu la masuk mahkamah kalau yerr pun…siasat kerr dulu… Pastu kalau dah didapati bersalah kerr tak kerr terpulang la nak sensasi kannya atau tak…


Ini tak, akibat berita ni dah sensasi.. seolah-olah Anwar dah bersalah plak..

Aku tak nak menyebelahi mana-mana pihak… but to me… i still can’t believe this crap… come on la.. Anwar nak meliwat?! Tak ble masuk akal tul… bukannya dia takda isteri…

Share/Save/Bookmark

EURO 2008 Champion : SPAIN

Happy happy… Team pilihan menang!! Mesti ramai yang gigit jari bab Germany kalah….

Who is the hero? It’s Fernando Torres.


So there you go guys… EURO come to its end.. Spain the Champ!

Share/Save/Bookmark

EURO Finals (^_^)

Alright guys… this is it… the last game for EURO 2008…

Which team will win ?? Well between Germany and Spain.. i think i’ll prefer spain…


huhu bestnya… harap-harap perlawanan nanti best dan tiada la gangguan siaran macam time Turkey lawan Germany haritu… sakit hati jerr… :<

Share/Save/Bookmark

Ibu paksa anak minum racun!!???

First of all aku nak korang semua baca berita ni :
http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080628092203/Article

Terkejut aku tengok berita ni … marah kerana tergamak ibunya menyuruh anaknya meminum racun but in the same time aku rasa kasihan kerana mesti masalah yang ditanggung ibu ini cukup berat sampai dia tidak dapat melihat jalan keluar yang lain….

Aku akui perbuatan ibu ini memang salah… cuma mengapa kejadian ini boleh berlaku perlu kita renungkan bersama…

Seperti yang dilaporkan dalam akhbar tersebut sebab utama ibu tersebut bertindak demikian adalah kerana bebanan hutang dan tekanan perasaan sehingga hilang kewarasan berfikir sehingga berlakunya perkara ini… Thank god kerana kedua kanak-kanak ni selamat… kasihan mereka , masih kecik lagi.. belum tahu apa-apa, belum kenal kesengsaraan hidup yang menimpa ibunya… aku doakan mereka berdua selamat dunia akhirat…

Huhu… there you have it … sebuah lagi kejadian yang menyedihkan akibat kos sara hidup yang tinggi di Malaysia… memang benar purata pendapatan di negara kita lebih tinggi berbanding beberapa negara lain tetapi kos sara hidup tak padan/setimpal dengan pendapatan yang kita miliki…

P/S: Rasa-rasanya ada kaitan tak kejadian ini dengan kesan kenaikan harga minyak baru-baru ni??

Share/Save/Bookmark

Taman Bukit Tawau (Table)

Bulan Julai ini , aku nak release tension and have fun at Taman Bukit Tawau yang lebih dikenali sebagai “Table” oleh orang Tawau…
Here a few picture of the place….

Pemandangan luar sebelum masuk

Tempat ini terletak 20KM dari bandar Tawau… tak la jauh sangat kan… kalau dari rumah aku 30 minit jerr ble sampai… hehehe…

RM3 per entry… harga dewasa la… budak kecik aku tak tau… lupa da…. lama tak pergi…

Pemandangan pertama apabila masuk ke sini..

Antara favorite spot kat sini…

Air terjun yang ada di sini… best best

Favorite spot gak ni…

Tandas/ Tempat salin pakaian … hehehe

Choices of places…

Huhu… rindu ngan tempat ni … tak sabar nak pergi… It’s a nice place to release tension… back to nature.. [^_^]

Share/Save/Bookmark

Operasi besar-besaran banteras PTI… indah khabar dari rupa…

Kalau you all nak tau… this is not the first time dorang nak buat so called “Gerakan Besar-besaran” untuk usir pendatang tanpa izin… dah beberapa kali dah… kalau tak silap aku , sejak aku kecik sampai besar ni maybe dah 5-6 kali dorang umum kat media tentang gerakan seperti ini …

Aku bukan la benci sangat kat pendatang ni… sebab as a human being aku faham mengapa mereka terdesak sangat nak masuk negara kita ni…. memang betul mereka buat salah sebab masuk secara haram…. tapi aku taknak cerita pasal tu…. sekarang aku nak cerita kenapa aku pandang secara sinis mengenai gerakan ini…. as a malaysian citizen aku rasa memang bagus ada gerakan ni… cuma aku nak korang semua tau kenapa aku rasa ianya sia-sia selagi apa yang aku hendak katakan tidak dilaksanakan terlebih dahulu…

Kalau you all nak tahu.. antara port port yang paling ramai pendatang masuk ke negara kita adalah di Tawau, Sabah. Aku taknak cerita tempat lain… aku nak concentrate ngan Tawau jerr.. especially bandar Tawau…. kat bandar Tawau tu sebelah Pasar Ikan merupakan tempat keluar masuk pendatang ke negara kita , tak kira sama ada secara sah atau tidak… sebab semua itu cuma ada pada kertas saja… sedangkan secara realitinya sesiapa saja boleh keluar masuk di sini sesuka hati…. tak kira la you nak gi indon , or from there nak masuk sini… apa yang perlu dibuat?? Yang penting you cari orang yang kenal ngan pegawai imegresen yang menjaga di pintu keluar masuk ini… kalau tak kenal , cukup dengan bayaran RM50 satu kepala, you’ll be allowed to enter this country…. Kalau you kenal lagi best… cukup sekadar mengangkat tangan atau signal guna kepala.

Terkejut?! huh mengejutkan bagi orang yang tak tahu.. bukan orang macam aku tak pernah mengadu tau… jenuh dah… memang macam gitu gak… pernah gak dulu ada gerakan dibuat oleh pihak jabatan supaya lebih telus pun paling paling bertahan untuk 2-3bulan saja… pastu mula balik macam tadi…

Apa sangatla kesan gerakan ini dengan menangkap mereka semua simpan di pusat penampungan warga P.T.I… pastu perabihkan duit bagi makan minum 2-3 minggu then hantar guna kapal ke Nunukan (indonesia) sedangkan keesokan harinya dorang boleh naik semula kapal balik ke Malaysia semula….

So jangan terkejutla dengan kenyataan akhbar yang mengatakan ada pihak menganggarkan jumlah warga asing di Sabah melebihi jumlah penduduk, iaitu 1.5 juta orang.
If they don’t take serious action against bribery the result will always be the same… warga PTI tidak akan berkurangan sedangkan duit kerajaan untuk menampung kos gerakan tersebut abis berjuta-juta ringgit…

Share/Save/Bookmark