









Here’s a brief picture for this festive collection…
For details, visit : http://adrysabry.blogs.friendster.com/photos/hari_raya_with_friends_an/





Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri…. Sedih plak rasanya nak tinggalkan Bulan Ramadhan… isk isk… Emm anyway, life must goes on…
Hahaha… Semalam… entahla apa yang merasuk aku sampai tetiba jerr rasa nak buat kuih raya… i got this recipe from a cereal box! Hahaha… So i pun prepare la apa yang patut then dengan semangat sekali aku mulakan proses membuat kuih…

Alhamdulillah.. siap jugak tapi huh penat jugak rupanya especially for a beginner like me…
The result?! Hahaha.. tak payahla aku bagi tengok, malu!! Hahaha… Tapi sedap gak… tapi bukan untuk tetamu… just for me… hahaha ![]()
Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir,sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.
“Along…!” Kudengar mama dari ruang tamu. Perlahan-lahan aku bangun dari meja belajar. Setelah membetulkan tudung, aku keluar.
“Ada apa Ma?” tanyaku lembut. Pada masa yang sama kulihat seorang lelaki duduk di sofa ruang tamu. Sepasang mata Mama yang bersinar-sinar. Oo.. Oo..! Ni mesti ada sesuatu yang tak kena, bisikku dalam hati.
Astagfirullah! Ishbiri ya ukhti, isbiri… Tanganku masih mengadah, berdoa, ketika aku mendengar azan subuh berkumandang. Hari baru kembali hadir. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, memberiku peluang untuk hidup sehari lagi agar aku berkesempatan untuk beramal dan bertaubat.
Selesai berurusan dengan mama untuk masalah Zoy, aku terpaksa menghadapi makcik Ida pula yang sedang sibuk mempromosi calonnya untukku. Hemm! Lagi-lagi aku hanya boleh mengiakan saja walaupun tak pernah rela.
“Terserah pada along, Yang penting, tengok dulu orangnya. Mudah-mudahan along suka. Dia anak orang kaya. Bapanya ada berpuluh-puluh ekar tanah getah di Kampung Muara. Tapi orangnya bukanlah kekampungan. Lulusan universiti juga seperti kamu!” Promosi makcik Ida bersemangat.
Dua hari kemudian, makcikku datang dengan “Calon”nya,]
“Junaidi, panggil aje Junaid!” Aku hanya mengangguk, tak membalas uluran tangan yang diajukannya.
Selama perbualan berikutnya, berkli-kali aku terpaksa menahan diri untuk tidak lari masuk ke dalam. Aku tidak ingin menyinggung perasaan makcik Ida. Apalagi beliau bermaksud baik. Hanya saja, asap rokok Junaid benar-benar membuatku mual. Malah dia merokok tidak terhenti-henti. Habis sebatang,sambung sebatang. Dengan berani pula dia mengkritik penampilanku.
“Cik Kartini jangan tersinggung , ye. Saya memang pelik melihat perempuan memakai tudung “begini”. Kenapa tak nak memilih pakaian dan tudung yang aneka warna dan fesyen?! Saya kalau mempunyai isteri, pasti saya akan menasihatinya untuk membeli baju yang warna warninya cerah dan menawan. dan semestinya bervariasi. Seperti trend bertudung sekarang. Saya rasa apa salahnya kalau sesekali berfesyen. Maksud saya biarlah jangan sampai kelihatn seperti “karung” berjalan. Betul tak, Tini? haha…
Secara tiba-tiba air mukaku berubah. Tanpa menunggu puntung rokok ketujuhnya habis, aku mohon diri masuk dalam. Aku biarkan makcik Ida di ruang tamu bersama tetamu. Pujukan makcik Ida tak mampu menggugatku. Dengan perasaan kecewa, beliau melangkah keluar. Sempat kudengar makcik Ida bercakap-cakap dengan papa dan mama. Sempat pula kudengar komen-komen mereka yang bercampur kecewa, sedih. Ya Allah Kuatkanlah hamba-Mu.
………………………………………………………..
Bersambung…